Sedang leka Kasturi melayan perasaannya, tiba-tiba Kasturi terdengar suara-suara jeritan semangat tentera istana yang berlatih berlawan. Kasturi segera bangun dan menuju kearah berandanya. Ramai tentera istana yang berlatih dengan penuh semangat.
"HAHAHAHAahHA!" ketawa Kasturi yang mengusik pengawal-pengawal istana itu.
Dengan pantas, Kasturi segera berlari dengan penuh semangat, lalu Kasturi terhidu bau sesuatu. Di mindanya tercetus sesuatu yang membuatkan dirinya pergi ke dapur. Kasturi bergerak perlahan agar dia tidak didengari oleh sesiapa lalu Kasturi terus menyorokkan dirinya disebalik meja.
Kelihatan Bali sedang memasak sesuatu didapur. Dia segera menyorokkan mukanya agar tidak dilihat oleh Bali. Bali juga seperti menyedari sesuatu tapi dia tidak mengambil tentangnya setelah melihat tiada sesiapa di situ.
Kasturi bergerak seperti seorang ninja lalu perlahan-lahan mengejutkan Bali.
"Emm, sedapnya~" kata Bali sebaik merasa hidangan air tangannya. Setelah Bali menoleh ke belakang, Kedua-dua mereka terkejut."HArrGHHH!!"
"Kenapa? Hah? Hah! Kenapa?" latah Bali sambil bersiap sedia dengan kipas ajaibnya itu.
"Hah...hahahahahhahaha!" ketawa Kasturi.
"Hah, kenapa ketawa?" tanya Bali kehairanan.
Kasturi yang terjatuh tadi segera bangun sambil mengangkat dulang yang dijatuhkan oleh Bali tadi lalu diberikan kepada Bali untuk melihat wajahnya melalui dulang yang bersinar itu.
"Hah, tengok!...hahahah"ketawa Kasturi sambil memegang dulang untuk menunjukkan wajah Bali yang penuh dengan tepung itu.
"Hah, Oh TIDaK!" jerit Bali lalu terus mengambil kain untuk mengelap mukanya yang penuh dengan tepung itu.
"Hah, Cantik pun Bali!" puji Bali untuk dirinya sendiri setelah melihat wajahnya semula yang sudah tiada tepung itu.
"Kas.." kata Kasturi sambil menyentuh jarinya pada makanan yang dibuat oleh Bali tadi.
"Turiii!, jangan main! Ini kuih...Puteriiii Bali Berendam" kata Bali sambil menepuk tangan Kasturi yang cuba menyentuh kuihnya itu.
"Hah?..Bali Berendam?" lalu Kasturi pun tersenyum.
"Ahah! Resepi Bali tau!" kata Bali.
Lalu Kasturi pun mula mengukur bentuk kuih Bali Berendam itu dengan badan Bali.
"Tak nampak macam Bali pun? Hahahhahaha"
"Ah! Ah! ehhhhhh!" Bali pun terus menyumbat kuih itu kedalam mulut Kasturi.
"EeMMM! sedap!" jawab Kasturi setelah merasa kuih yang dibuat oleh Bali itu.
"Emmm~ Memanglah, Bali yang buat" jawab Bali lalu terus mengambil kuih itu setelah Kasturi mengambil kuih untuk yang kali kedua."Eh, tidak boleh! Orang lain pun hendak rasa.." kata Bali.
"Uh, Perasan..Macamlah sedap sangat." jawab Kasturi kepada Bali.
"Apa?" tanya Bali dengan renungan tajam kepada Kasturi.
Lalu Bali terus mengeluarkan kipas ajaibnya itu dan mengibas semua pinggan di dapur itu serta peralatan dapur yang lain kearah Kasturi.
Kasturi mengelak serangan Bali itu dengan kemahirannya. Tanpa disedari, pinggan yang diisi kuih itu terjatuh daripada tangan Bali dan berkecai diatas lantai termasuklah kuih itu juga.
"AAAHHHHHHH!! Tidakkk.!!" sedih Bali setelah kuihnya itu berkecai diatas lantai.
"Ingat! Kena bersiap!" pesan Kasturi sebelum dia keluar dari dapur itu.
"Kasturiii!"
"Maaf Bali" kata Kasturi
"Huhu, Bali Berendam...Dah tenggelamm! huhu" nangis Bali sambil melihat kuih buatan air tangannya itu berkecai diatas lantai.
*********************************************************************************Di Sebuah taman yang dipenuhi tumbuhan hijau,
Limau kuning masak didahan,
Batang selasih condong uratnya,
Limau purut untuk perubatan,
Segala penyakit,adakah ini penawarnya?
Petah berpantun Puteri Purut sambil mengkaji penawar, lalu satu helai daun berterbangan dihembus angin melalui Puteri Purut.
"Ah!"terkejut Purut lalu bergegas pergi kearah sebuah pokok bunga besar yang sedang layu terletak ditengah-tengah taman.
"Ah, Kesian!" kata Purut sambil menyentuh daun pokok bunga yang layu itu.
Lalu Purut terus mengeluarkan cucuk sangul saktinya lalu mencucuk pada tanah pokok bunga itu.
Cahaya sakti keluar dan menyembuhkan pokok bunga itu lalu ianya layu semula seperti bukan penawarnya.
"Bagaimana nak sembuhkan engkau wahai pokok?....Adakah penawarnya?" tanya Purut sendirian sambil mengusap-ngusap daun pokok yang layu itu.
Purut mengusap parut di mukanya juga lalu terdengar Bali memanggilnya. Lantas Purut menutup parut dimatanya itu dengan rambutnya.
"Purut! Puruuuuutt!!"panggil Bali
"Sekejap!" jawab Purut sambil berjalan pergi kearah suara Bali.
"Purut ! Puruuuuttt!!"panggil Bali dihadapan pintu bilik Purut.
"Bali panggil?"tanya Purut pada Bali dari belakang membuatkan Bali terkejut kecil.
"Ah! Haaa!"Lalu Bali terus menarik tangan Purut memasuki bilik Purut.
"Yang ini cantik tak?"tanya Bali kepada Purut sambil memegang baju biru Purut pada badannya.
"Can..." Purut tidak sempat menjawab lalu Bali memegang tangannya.
"Bali nak pinjam..Bolehkannn?" tanya Bali sambil membuat muka manja
"Boleh!" jawab Purut
"Tapi, muat?" tanya Purut.
"Hei!..."Sentak Bali hingga mengejutkan Purut.
"Emm, ahaahahaha, mestilah muat..Ehmp! Terima Kasih!" jawab Bali sambil mengempiskan badannya lalu pergi beredar dari situ dengan gembira. Purut hanya tersenyum kecil melihat telatah Bali itu.
"Tetapi!..kita kena pakai warna putih!" beritahu Purut tetapi Bali sudah beredar. Purut mengeluh kecil lalu memeriksa rambutnya itu agar tidak kelihatan. Purut berjalan kearah meja solekannya yang terdapat cermin dan beberapa buah buku diatasnya.
Purut cuba membuka sebuah kotak diatas meja solekannya itu yang terdapat sebuah tiara. Kerana terlalu kuat cengkaman kotak itu,
Purut tertempuh buku ditepinya sehingga sebuah buku terjatuh. Buku itu terbuka pada suatu muka surat yang menarik perhatian Purut.
"Ah! Ini mungkin penawarnya!" teruja Purut setelah melihat pada halaman buku yang terbuka itu.
Tanpa disedari Purut yang bergegas pergi dari biliknya itu, tiaranya masih berada didalam kotak yang terbuka itu.
Tiaranya yang terdapat didalam kotak yang terbuka itu tiba-tiba terus menghilang dicuri oleh sesuatu yang bergerak pantas.
*********************************************************************************
"Jeebaaattt! keluarlah...Nipis kira sampai tiga...Satu , dua, Tigaa!" jerit Nipis yang tercari-cari akan jebat, haiwan peliharaannya di atas pokok."Alaaaahhh!...Jebaaatt!"
"
Ehhhh!...tingginya, ehh!" seram Nipis kerana dirinya hampir terjatuh dari pokok itu.
"Hah...Hup...Yahhhh!" lalu Nipis segera mengeluarkan alatan ajaibnya iaitu reben ajaibnya. Nipis segera membuat timbunan reben di bawah.
Lalu, Nipis pun terus melompat diatas timbunan reben itu."Hup!...hehehehee" gelak kecil Nipis setelah mendarat diatas timbunan rebennya itu.
"HAAAaaAAAHHHH!!" jerit Bali dengar kuat sehingga terdengar seluruh istana.
"Jebat?" tanya Nipis sendirian.
"Hah...hah!" teruja Bali lalu terus pergi mengambil tiaranya didalam sebuah kotak.
Bali meletakkan tiaranya diatas kepala patung. " Baru Lengkap!"
"CAN..TIK...NYAAA!" teruja Bali setelah melihat baju Purut yang dipinjamnya tadi diubah kepada bentuk badannya.
"Jebaaatt!..jebat! Keluarlah!" jerit Nipis yang tiba-tiba datang kedalam bilik Bali untuk mencari Jebat.
"Jebat hilang lagi?" tanya bali kepada Nipis.
"Ehmm,...aha!" keluh Nipis.
"Kan Bali dah kata kurungkan sahaja." kata Bali
"Nipis tak sampai hati nak kurung jebat." jawab Nipis.
"Ehmm.."jawab Bali lalu terus melayan bajunya itu.
"Marilah tolong cari.." ajak Nipis lalu terus menarik Bali pergi untuk mencari bersama walaupun Bali tidak mahu meninggalkan bajunya itu."Marilah!"
"Sudah cari dibilik Nipis?"tanya Bali
"Dah! Bilik Nipis sudah" jawab Nipis dengan keluh.
Lalu dengan tiba-tiba tiara Bali juga turut hilang secara tiba-tiba dicuri oleh sesuatu yang bergerak pantas.
*********************************************************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan