DARI
"APA! Pelukis itu.....PALSU?" tanya Manis dengan cemas setelah mendengar apa yang dikatakan oleh jebat.
Lalu dengan tiba-tiba pintu dewan singgahsana itu dibuka dengan kuat sehingga terhempap di dinding.
Mereka semua terkejut dengan hentakan pintu yang kuat itu.
Muncul Gembira yang keletihan dengan wajah sebenarnya dihadapan pintu itu dengan wajah yang bengis.
"Ya! Patik memang palsu!...tapi patik hanya ingin sembuh!" kata Gembira dengan kuat lalu terus berjalan kearah puteri-puteri.
"Cucuk sanggul yang kononnya ada kuasa menyembuhkan....rupa-rupanya retak belaka!" marah Gembira lalu terus mencampakkan berlian yang berbentuk seolah-olah cucuk sanggul itu dengan kuat sehingga terpecah hampir mengenai jebat.
"Meoww!" jebat dengan segera terus berlari dengan pantas menuju kearah Gembira untuk menyerangnya.
Jebat terus melompat tinggi untuk menyerang Gembira.
Sedang hampir jebat untuk menyerang Gembira, Gembira mengukir senyuman diwajahnya.
Lalu Gembira terus menghembuskan debu ajaib kearah jebat sehingga jebat tercampak kebelakang semula dan tidak sedarkan diri.
"Jebatttt!" jerit Nipis sambil hendak berlari kearah jebat. Tetapi Kasturi segera menahan Nipis agar tidak pergi berdekatan dengan Gembira. Manis dan Bali segera pergi menjaga Nipis. Manis memberi isyarat kepada Kasturi membenarkannya untuk menyerangnya.
"Ah! eh!" Kasturi menyentuh belakangnya untuk mengambil pedang saktinya tetapi dia tidak membawanya. Kasturi gelabah ketika mencari pedang sakti yang tidak dibawanya itu.
"Ahahahahahah....ahahahaha...ahahahah..ahaha!" ketawa Gembira sambil mengejek semula perbuatan Kasturi yang gelabah ketika mencari pedang saktinya.
Kasturi yang geram ketika itu terus berlari pantas kearah Gembira untuk menyerangnya.
Gembira mengelak serangan Kasturi lalu terus menyerang Kasturi.
Kasturi menangkis serangan Gembira dengan kemahirannya.
Lalu Kasturi terus menumbuk bertubi-tubi keatas Gembira setelah berjaya menangkis serangan Gembira.
"Aduh!" Gembira cuba menyerang Kasturi tetapi Kasturi menghalang dengan sikunya.
Kasturi dengan pantas terus menyertakan tumbukan tepat sehingga menyebabkan Gembira tercampak jauh daripadanya.
Gembira mengibas-gibaskan tangannya kerana kesakitan.
Lalu Gembira terus menyeluk dibelakangnya. Gembira mengukirkan senyuman diwajahnya.
"Ishhh,... baju ni susahnya nak berlawan." geram Kasturi dengan gaun putih yang menyukarkan dirinya untuk berlawan.
Kasturi segera bertindak dengan berlari kearah Gembira.
Lalu Gembira menghembuskan debu ajaib kearah Kasturi yang sedang menuju kearahnya.
"ERgghhHHHH! uhuk..uhuk!..ERggghhh" badan Kasturi mulai lemah dan matanya mula terdapat lebam hitam disekelilingnya.
Pandangannya juga menjadi kabur kesan daripada debu ajaib itu.
"AHahaha...Serikandi Kerajaan Limau?" ejek Gembira kepada Kasturi yang mulai lemah itu.
"Kasturi! jaga-jaga!" pesan Manis kepada Kasturi.
Kasturi memandang semula Gembira. Lalu Gembira terus menunjukkan bom asap yang mengandungi debu ajaib disetiap celahan jarinya dengan senyuman lebar.
Kasturi hanya bertahan dengan menguatkan dirinya untuk berlawan dengan Gembira.
Kasturi segera membuka langkahnya berlari kearah Gembira.
"Yah,..yah...hah..hah..hah!" jerit Gembira sambil melontarkan setiap bom asap itu kearah Kasturi.
Tetapi KAsturi mengelak setiap daripadanya dengan lincah.
Gembira masih tersenyum lagi lalu terus melontarkan bom asap terakhir di tangannya.
Kasturi memberhentikan langkahnya setelah mengesan bahawa lontaran bom itu disasarkan untuk adik beradiknya yang lain.
Dengan segera Kasturi muncul dihadapan adik beradiknya tetapi bom asap itu terus meletup mengeluarkan debu ajaib hingga terkena mereka semua "ERggghhhH!".
"Uhuk..uhuk!" mereka semua mulai sakit setelah terkena debu ajaib itu.
Gembira tersenyum lagi lalu mengeluarkan sebiji lagi bom asap ditangannya.
"Hah!" terkejut Kasturi melihat bom asap itu masih ada lagi di tangan Gembira.
"Yahh!" Gembira melontarkan bom asap itu kearah mereka sekali lagi.
Kasturi tidak dapat berbuat apa-apa kerana badannya terlalu lemah.
"Erghhhhh!..erghhh!" mereka semua menjerit setelah bom asap itu meletup dan mengeluarkan debu ajaib.
"Hahahahahah..hahahahaha!..hahahahaha!" gelak Gembira setelah melihat puteri-puteri itu terkena bom asap itu.
Tetapi setelah debu itu menghilang, muncul seorang lelaki yang memakai mantel berwarna hijau dihadapan puteri-puteri itu. Kasturi juga turut terkejut dengan kehadiran lelaki misteri itu.
Gembira memberhentikan gelakannya dan mula membengis semula. Lalu kedengaran bunyi suara tentera istana yang datang ke dewan singgahsana itu.
"Bergerak, bergerak, bergerak bergerak!" jerit tentera istana itu sambil berlari kearah Gembira.
"Mana si penipu itu?" tanya Tuanku dengan marah setelah muncul bersama Purut di dewan singgahsana itu.
"Hah! kau tunggu situ, kau tunggu situ!.hah!" acah tentera istana sambil mengepung Gembira. Gembira mulai gelabah ketika itu.'
"Kalian, jangan bagi dia terlepas! Pelukis! Penipu" titah tuanku kepada tentera-tentera istana itu.
"Hah ambik..hah...hah!" acah tentera-tentera istana itu lagi pada Gembira yang sedang gelabah itu.
Gembira terus mengeluarkan debu ajaib itu lagi dan terus meletup.
"HArggghhHHHHH!!" jerit tentera-tentera istana itu setelah terkena letupan debu itu.
"Mana dia?..Mana?" tanya tuanku dengan gelabah setelah Gembira menghilangkan dirinya didalam letupan debu itu tadi.
"Hahahhahaha..hahahaha...jangan harap dapat menangkap patik!...patik Gembira!..hahaha" kata Gembira sambil cuba melepaskan diri kearah pintu keluar.
Tiba-tiba pintu itu dibuka dengan kuat dari luar sehingga terhempap Gembira di dinding oleh pintu itu.
Muncul tiga pengawal istana yang bertubuh besar, kurus dan pendek.
"Tuanku!"
"Hah..mana dia?..mana dia? ermmm!" tanya pengawal istana yang kurus itu.
Lalu mereka memandang kearah pintu yang terhempap di dinding.
Gembira seolah-olah cicak yang dipijak setelah badannya dihempap dengan kuat oleh pintu gergasi itu dan melekat di dinding.
"Gembiralah sangat!" marah tuanku kepada Gembira.
"Tangkap dan penjarakan dia!....Berani sungguh dia menipu beta!" titah Tuanku
"Baik tuanku!" jawab pengawal istana yang kurus itu.
"Anakanda Beta!" kata Tuanku sambil pergi kearah anakandanya.
"Anakanda tidak mengapa?' tanya ayahanda mereka kepada mereka.
"Uhuk, uhuk!...Ayahanda!" panggil Nipis yang kesakitan.
"Ya, Nipis." jawab Ayahandanya.
"Jebat! uhuk!...jebat sakit!" kata Nipis sambil menunjukkan jarinya kerah jebat yang terbaring sakit.
"Jebat" Purut mengusap kepala jebat yang terbaring kesakitan itu.
"Jangan bimbang!..kita akan selamatkannya." kata ayahandanya kepada Nipis.
Purut memandang disekelilingnya. Setiap yang berlawan dengan Gembira semuanya kesakitan.
Lalu Purut terus mengeluarkan cucuk sanggul saktinya dari anyaman rambutnya.
Cahaya biru bersinar mulai keluar dan bersinar disetiap ruang dewan singgahsana itu.
"Lepaskan, lepaskan!" kata Gembira kepada pengawal istana yang sedang mengikatnya.
Lalu Gembira berhenti meronta kerana terkejut melihat cahaya yang keluar dari cucuk sanggul sakti itu.
Cucuk sanggul itu mulai membesar menjadi seolah-olah tongkat sakti.
Purut menumpukan cahaya itu ditangannya lalu terus membebaskannya diseluruh lantai tempat semua orang yang kesakitan berada.
Kasturi mulai sembuh.
Tentera-tentera istana juga mulai sembuh.
Begitu juga dengan jebat.
Cahaya itu terus bersinar bagai satu bulatan di lantai dewan itu menyinari setiap sudut..
Nipis mulai sembuh dan terus berlari kearah jebat.
"Urhh, jebat!..bangunlah jebat!..jangan tinggalkan Nipis...jebat!..bangunlah jebat!" kata Nipis sambil meriba jebat.
"Meow!" jebat terus membuka matanya setelah tersedar.
"Jebat! jebat, jebat...jebat dah bangun!" gembira Nipis setelah haiwan kesayangannya itu tersedar.
"Huh" Manis menghembus nafas kelegaan setelah melihat kegembiraan adik bongsunya itu.
Lalu Manis tersedar akan lelaki misteri yang memakai mantel hijau berada disebelahnya.
"Harghh!" terkejut Manis, Kasturi dan Bali yang duduk berdekatan dengan lelaki itu lalu terus mengelak daripadanya.
"Siapakah geran tuan hamba?" tanya Manis kepada lelaki itu.
"Uh,uh...patiklah pelukis sebenar!" jawab lelaki itu lalu terus menunduk hormat kepada Manis.
"Tetapi..."
"Begini ceritanya tuan puteri." kata lelaki itu.
************************************************************************************************************
Berdekatan dengan pasar pada suatu pagi, pelukis itu sedang menuju kearah istana.
Pelukis itu bertemu dengan Gembira yang berjalan ketika itu berdekatan dengan pasar.
"Maafkan tuan hamba, jauhkah lagi jalan untuk ke istana?" tanya pelukis itu kepada Gembira.
"Apa urusan tuan hamba untuk ke sana?" tanya Gembira dengan senyuman mesra.
"Hamba telah diundang ke istana untuk melukis gambar keluarga di..ARghhhhh!"
Pelukis itu terus dihembus dengan debu ajaib oleh Gembira ketika menjawab sehingga menyebabkan pelukis itu terjatuh pengsan daripada haiwan tunggangangnya.
"Hahahahhaha..akhirnya...hamba dapat juga ke istana...hahahahhaha....hahahah" kata Gembira lalu terus menunggang haiwan tunggangan pelukis itu ke istana.
Pelukis itu ditinggalkan dengan dirinya diikat di sebatang pokok oleh tali.
************************************************************************************************************
"Nasib baik hamba dapat melepaskan diri." kata pelukis itu kepada Manis.
"Ohhh..begitu.." kata Tuanku setelah mendengar kisah pelukis itu.
"Ampun tuanku, Apa kata patik mula melukis sekarang." kata pelukis itu.
"Oh ya! betul, betul, betul..Silakan!" jawab tuanku.
Pelukis itu terus mengeluarkan beg yang dibawanya lalu terus menukarkannya menjadi sebuah meja.
Pelukis itu meletakkan tiga botol kaca warna yang berkilau diatas meja itu.
Pelukis itu terus memakai sarung tangannya yang terdapat berlian yang sama warna dengan warna didalam botol itu.
Dengan segera pelukis itu terus memulakan lukisannya dengan meletakkan tangan yang dipakai sarung tangan tadi diatas warna botol itu.
Pelukis itu memutarkan tangannya diatas bekas warna yang dipegangnya dan terus mengeluarkan kilau.
Purut dan Manis terpegun dengan cara pelukis itu.
Pelukis itu terus melorekkan warna disekitar kertas lukisan itu dan terus melorekkannya sehingga muncul pelbagai warna.
"Wah!" teruja Nipis sambil menepuk tangannya lalu cahaya kilau terus menghampirinya yang menjadikannnya lebih teruja.
Pelukis itu terus melukis lalu terus mengeluarkan kilau yang berwarna-warni yang berterbangan disekitar keluarga diraja itu.
"Wah!" teruja mereka semua.
Pelukis itu terus melukis dengan teruja melukis gambar keluarga diraja itu.
Pelukis itu terus membuka kain yang melindungi lukisannya untuk menunjukkan lukisan gambar keluarga diraja yang telah siap itu.
"Wahhh!" teruja mereka semua akan kecantikan lukisan itu.
Lukisan itu terus dibingkaikan dan digantung pada dinding.
"Beta sungguh kagum, lukisan ini cantik tidak terkata. Tuan hamba memang handal" kata Tuanku kepada pelukis itu.
Lalu pelukis itu terus membuka mantel yang menutup kepalanya lalu menunjukkan wajahnya.
Bali terus teruja setelah melihat wajah kacak pelukis itu manakala Manis dan Purut tersipu malu.
"Beta puteri Bali!" kata Bali kepada pelukis itu.
"Apalah Bali ni." kata Nipis pada Bali.
Pelukis itu terus menunduk hormat pada puteri-puteri itu.
"Mari kita saji sama-sama.Mari, mari" kata tuanku lalu mereka semua terus beredar meninggalkan dewan singgahsana itu.
*****************************************************************************************************************************
Di sini bersatu jiwa~
Lima puteri agung dan mesraaa~
Seindah cahaya suria~
Atas takhta bersemadinya~
aHaaaaaaaaaaa~
Puteri,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan