Di sebuah bilik yang berwarna kuning,
"Tiada?" tanya Manis seorang diri sambil mengeledah setiap almari dan laci biliknya.
"Haii, dimanalah" keluh Manis seorang diri sambil merenung setiap sudut biliknya itu lalu keluar dari biliknya.
"Wahai burung, ada nampak tiara Manis?" tanya Manis kepada dua ekor burung yang duduk diatas bahu sofa. burung-burung itu yang menggelengkan badan mereka tanda tidak tahu. Manis hanya meletakkan jari pada pipinya untuk mengingati semula dimana tiaranya.
"Jebaaatt!" jerit Bali
"Mana jebat ni?" keluh Nipis yang letih mencari jebat.
"Jebaaaatt!" jerit Bali lagi
"Jebaaatt!!" jerit Nipis.
Manis yang melihat Bali dan Nipis hanya menggelengkan kepala dengan telatah mereka mencari jebat.
"Mandi OoO!" nyanyi seekor katak dibawah tempurung."Jebaat?" tanya Nipis sambil memeriksa dibawah tempurung."WaArGHHH!" jerit katak itu.
"arghh!..Eeee!" jerit Nipis juga sambil mengeliatkan badannya tanda geli.
"Jebatt?" jerit Bali lagi sambil terus mencari jebat.
"Jebaaattt!!" jerit Nipis.
"Jebaaaatt!" jerit Bali lalu terus menuju kearah kolam ikan sambil mencari-cari lagi jebat.
"Bali, Nipis, tidak bersiap lagi?..Nanti lambat" tanya Manis sambil menuju kearah Bali sambil diiringi oleh dua ekor burung itu.
"Hahhahaha...bersalun semua sudah siap tinggal hendak sarungkan sahaja." jawab Bali sambil ketawa kecil.
"Jebaaaattt!" jerit Nipis lagi sambil mencari jebat di kolam itu.
"Manis! Bali! ha,ha,ha" panggil Purut yang sedang berlari-berlari anak menuju kearah Manis dan Bali.
"ha,ha,ha....Tiara Purut hilang!" beritahu Purut sambil melepaskan lelahnya semasa berlari tadi.
"Hah!" terkejut Manis dan Bali setelah mendengar.
"Sudah cari betul, betul?....Agaknya Purut salah letak." tanya Manis pada Purut sambil mengagak kesilapan Purut.
"Haha" jawab Bali pula mengiyakan Manis.
"Sudah puas Purut cari..tetapi tiada." jawab Purut.
"Ehmm, hairan...tiara Manis pun tiada" beritahu Manis pula sambil berfikir.
"Ehmm!" keluh Nipis
"chik! chik,chik!" dua ekor burung itu berkicau ditepi kolam seolah-olah bersembang.Manis memandang dua ekor burung itu.
"Nipis! Mana jebat?" tanya Manis pada Nipis.
"Entah?..Nipis tengah cari jebatlah ni" jawab Nipis yang dari tadi masih belum menemui jebat.
Lalu kelihatan jebat sedang berjalan-jalan sambil mengigit Tiara Manis. Tiara Manis bersinar terkena cahaya matahari lalu menyilaukan mata Bali.
"Jebatt?" beritahu Bali sambil menundingkan jarinya kearah jebat. "Jebatt!"Semua yang lain terus memandang jebat yang mengigit tiara Manis itu.
"Miauu!" terkejut jebat setelah semua yang lain memandangnya.
"Jebat! Jebat! jangan lari!" jerit Nipis sambil berlari bersama kakak-kakaknya mengejar jebat yang melarikan diri dengan tiara Manis.
"Nantiii!" jerit Bali.
Lalu Nipis terus mengeluarkan reben ajaibnya itu dan terus melepaskannya untuk menangkap jebat tetapi jebat dapat mengelaknya.
"Aduh! aduh!" jerit Purut setelah reben yang dilepaskan oleh Nipis membalut badannya lalu tumbang ketanah dan hampir mengenai jebat.
"Ergh!...hahahahah" ketawa Nipis setelah melihat Purut yang jutah akibat dibalut oleh rebennya itu.
Jebat terus berlari lalu muncullah Manis dengan tiba-tiba dihadapan untuk menyambutnya tetapi jebat melompat dan melepasi Manis. Dua ekor burung itu turut menolong juga dengan menghalang jebat.
Lalu Bali terus menajamkan matanya dan terus mengeluarkan kipas saktinya itu lalu mengibas angin yang kuat pada jebat sehingga dua ekor burung yang ada berdekatan jebat itu tercampak jauh. Angin kencang Bali juga menyebabkan debu yang yang menghalang penglihatan mereka. Jebat sempat menyorok disebalik pokok pagar,
"Uhuk, uhuk!" batuk mereka.
"Ah,Purut!..mana jebat?" kata Nipis sambil menolong Purut yang terikat dengan rebennya itu.Jebat terus menghilangkan dirinya.
*********************************************************************************
"Arghh! Hendak berlatih bersama pun tidak boleh!" keluh Kasturi sambil menahan serangan kayu latihan dengan tangannya.
"Argghh!" geram Kasturi sambil menyepak patung kayu latihannya itu.
"Tidak Boleh!" kata tentera istana itu dengan menahan Kasturi menggunakan lembing terbayang dalam fikiran Kasturi.
"Ingat kita perempuan tidak kuat!" marah Kasturi dengan menumbuk-numbuk kayu latihannya itu dengan kuat untuk melepaskan perasaan,
Terbayangnya juga dua tentera istana yang mengatanya secara senyap-senyap.
"Herggh...Hargghhh!!...Tidak pandai berlawan?" marahnya lagi.
"Hahahahahahahah" seorang tentera istana yang ketawa terbahak-bahak terhadap Kasturi terbayang didalam fikiran Kasturi.
"Herghh..Hahhh!" lincah Kasturi menyerang kayu latihannya itu dengan gerakan yang hebat.
Kasturi memandang limau manis yang terdapat didalam mangkuk berhampirannya. Terbayang kata-kata tentera istana yang mengejeknya tadi.
"Perempuan nak lawan?...Perempuan mana boleh lawan..hahahahah!"
Dengan segera Kasturi melemparkan semua limau manis itu keatas.
Dengan lincah, Kasturi berlari pantas menaiki batu bata besar. Kasturi mengeluarkan keris saktinya itu dan mengubahnya kepada pedang sakti.
"Hiarghhh!" jerit Kasturi dengan laju seperti petir memotong limau-limau manis itu yang masih diudara dengan tepat. Lalu Kasturi terus menyambut setiap potongan itu dengan mangkuk tadi semula dan berjaya mendarat dengan selamat.
"Krik!" terdengar bunyi retak daun kering dipijak oleh sesuatu berhampiran, Kasturi segera menghalang menggunakan pedang saktinya itu.
"Miiauu!" terkejut jebat yang sedang lalu disitu sambil mengigit tiara Manis.
"Jebat?" Kasturi mendekati jebat yang mengigit tiara Kasturi itu lalu mula menangkapnya.
"Miauu!" jebat mengiau kerana ditangkap oleh Kasturi lalu kasturi terus mengambil tiara Manis itu dari mulut jebat. Tiara itu bersinar menyilaukan mata Kasturi kerana terkena cahaya matahari.
Lalu, Kasturi terlihat sinaran yang sama disebalik semak berhampiran.
"Miauu!" jebat mengiau lagi
"Apa tu?" tanya Kasturi seorang diri dan terus mendekati semak itu.
"Aiik! Ini macam tiara...."
"Jebaatt!" keluh Kasturi dengan senyuman sampai sambil mengusap kepala jebat.
************************************************************************************************************
Di istana, Manis dan Nipis duduk di tangga yang berada dihadapan singgahsana Ayahandanya.
"Mana jebat ni?" keluh Nipis dengan sedih sambil meletakkan kepalanya pada Manis pada riba Manis.
Lalu, Bali dan Purut tiba,
"Sudah jumpa?" tanya Manis kepada Bali dan Purut.
"emmm" Bali hanya menggelengkan kepalanya menandakan tidak jumpa.
"Erh!..emmm" keluh Manis lalu menundukkan kepalanya."Sudah cari merata?"
Tiba-tiba pintu terbuka lalu tiba jebat dan Kasturi sambil membawa bungkusan di bahu.
"Miau...miau!" jebat mengiau sebaik sahaja masuk kedalam.
"Ah! jebat! jebat! jebat!.....Rindu jebat.." teruja Nipis yang segera bangun dari ribaan Manis sebaik sahaja terlihat jebat dan terus pergi memeluk jebat,
"Miau!" tersentak jebat yang dipeluk erat oleh Nipis.
"Tengok ni" kata Kasturi sambil menunjukkan tiara yang dijumpainya.
"Eh!..Tiara!" kata Manis, Purut dan bali serentak sebaik sahaja melihat tiaranya kembali dengan teruja.
"Penat Nipis cari tau!" kedengaran suara Nipis yang memarahi jebat.
"Tiara Bali....Masih bersinarkah?" kata Bali sambil memeriksa tiaranya itu.
"Emm, benar sangkaan Purut..Ini semua angkara jebat" kata Purut sambil menggosok-gosokkan tiaranya itu.
"Hah!..Dimana Kasturi jumpa?" tanya Manis yang teruja dengan kembalinya tiaranya itu.
"Di.....Emmmm" jawab Kasturi dengan teragak-agak kerana tempat latihannya jauh dari istana.
"Jebat tak boleh kemana-mana lagi tau!" pesan Nipis yang teruja akan haiwan peliharaannya itu."Miauu!"
Sedang mereka teruja akan tiara mereka...
"Anakanda semua! Tidak bersiap?" Marah Ayahanda kepada mereka sehingga semua mereka terus berlari untuk menyiapkan diri.
"Hah!."keluh Ayahanda lalu tersenyum kecil.
*********************************************************************************
Ayahanda melihat gambar isterinya bersama Manis dan Kasturi yang masih kecil di ruang legar yang bersinar sambil menunggu ketibaan anakanda-anakandanya.
"Ayahanda" panggil Manis dengan lemah lembut.
"Wah!..hah! sungguh cantik puteri-puteri Beta" kata Ayahanda setelah melihat anakanda-anakandanya.
Setiap mereka berbaris ditangga bermula dari Puteri Manis, Puteri Kasturi, Puteri Purut,Puteri Bali dan dibawah sekali Puteri Nipis dengan gaun putih serta perhiasan-perhiasa berkilau termasuklah tiara-tiara mereka yang hilang tadi.
"Jikalau permaisuri masih ada, pasti berbangga melihat puteri sekalian." kata Ayahanda mereka terhadap mereka sebaik mereka mula menuruni tangga dengan sopan.
"Ayahanda"sebut mereka sambil menunduk hormat terhadap Ayahanda mereka. Puteri Nipis cuba hendak pergi memeluk Ayahandanya tapi dihalang oleh Kasturi agar menunduk hormat terlebih dahulu termasuklah juga jebat yang menunduk hormat.
************************************************************************************************************
Di perkarangan istana kelihatan seseorang yang bermantelkan warna merah misteri memasuki istana dengan burung tunggangangnya yang liar itu.
********************************************************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan