Puteri Bahagian 4



SEBUAH KARYA JIWA
                                                    DARI 



Perkarangan istana yang cantik. Dihaisi pula dengan air pancut yang menawan. Seorang pengawal istana tertidur nyenyak akibat leka berjaga dihadapan pintu istana. 

Tiba-tiba kepalanya dibaling dengan buah limau. Yang pertama dia masih tidak sedarkan diri lagi. Yang kedua masih lagi dibaling buah limau pada kepalanya. 


"Aaargghh!" terkejut pengawal itu akibat kepalanya dihantuk oleh buah limau. Dengan segera dia menoleh ketepi dan melihat sahabatnya siap sedia hendak membaling buah limau kearahnya. Lantas sahabatnya itu berpura-pura tiada apa-apa.
************************************************************************************************************

"Hahahahaha!" ketawa puteri-puteri dan Ayahandanya bercerita tentang Kasturi waktu kecil dahulu.


"Kasturi...hahahaha..Nakal lagi" ejek Bali pada Kasturi sambil menutup tangannya ketika ketawa.

Kasturi hanya menjelingkan matanya.

"Ayahanda, bagaimana pula Bali sewaktu kecil?" tanya Kasturi pada Ayahandanya.


"Bali!....seingat Ayahanda..sewaktu bonda mengandungkan Bali.." jawab Ayahandanya.


Ketika itu, seseorang yang memakai mantel warna merah hati itu pun sampai dihadapan pintu istana. Pengawal-pengawal istana hanya memerhatikannya.


"Hah! Arghhhhh!....ARghh..ARGGHHHH!!" Lalu burung besar yang ditunggangnya berputar-putar dan terus menjatuhkannya serta pergi dari situ dengan pantas meninggalkannya dengan beg-beg yang dibawanya.

"Harghh!" keluhnya ketika cuba bangkit akibat jatuh tadi.

"Siapa tuan hamba?" tanya pengawal istana itu.


"Hamba pelukis yang diundang ke istana." jawabnya ketika ditanya oleh pengawal istana itu.
"Boleh hamba masuk?" tanya dia pada pengawal istana itu.


Pengawal itu terus memerhatikan beg yang dijinjing olehnya lalu bersetuju dengan sahabatnya membenarkannya masuk. 


Pengawal itu terus membuka pintu lalu mengiringinya hingga ke ruang singgahsana tempat berkumpul puteri-puteri dan Ayahandanya.


 Matanya liar memandang sekeliling ketika berjalan di ruang masuk terutamanya ketika melihat simbol kerajaan limau yang berkilau emas didinding. Dia hanya mengukir senyuman misteri. 


"Hahaha....Bonda suka makan." sambung Ayahandanya tadi.


"Hahahah" ketawa Manis dengan perlahan.

"Sampaikan makanan Ayahanda juga Bonda habiskan" sambung Ayahandanya lagi.


"Oh!...patutlah Bali..Emmpp!" ejek Kasturi dengan mengelembungkan pipinya serta mengangkat tangannya seperti belon yang mengembang.


"Apaaaaaa!...." marah Bali sambil mengadap muka Kasturi yang masih mengejeknya.


"Ehh! Sudah!" Marah Ayahanda mereka. Kedua-dua mereka terus bertolak ansur.

"Ehm!" keluh Bali sambil berlalu dengan pandangan yang tajam

"Padan Muka" kata Kasturi pada Bali.


"Ampun Tuanku, pelukis yang ditunggu mohon mengadap!" kata pegawai istana yang mengiringi pelukis itu sambil duduk mengadap.


"Ahaaa....Silakan dia masuk!" titah Ayahanda kepada pegawai istana tersebut.


Lalu muncullah pelukis itu perlahan-lahan menuju kearah Tuanku.


"Ampun Tuanku,"


"Miauu!" ngiau jebat yang duduk disebelah pelukis itu


"Arhhhh..arghh...Arghhh!!...shuh,shuh,shuh!..pergii" jerit pelukis itu kerana takut akan kucing sambil menghalau jebat.


"Jebat!..sini, sini" panggil Nipis yang sedang duduk diatas tangga.


"Huuh!" lega pelukis itu setelah jebat pergi kearah Nipis.

"Kucing pun takut!" kata Kasturi


"Ehem...Maaf, Maaf!" kata pelukis itu

"Meow!, Meow!" ngiau jebat setelah tiba di Nipis.


"Duduk diam,diam" pesan Nipis pada jebat yang berbaring di ribanya.

"Hermm,.." keluh kecil Ayahandanya.


"Anakanda sekalian, inilah pelukis yang akan melukis gambar kita. Pelukis terhandal di Kerajaan Limau. Betul?" tanya Ayahandanya pada pelukis itu.


"Ya Betul! hahaha...Memang patik orangnya...patik gembiraa..patik dapat berasa bangga kerana sudah lama menunggu saat ini." jawab pelukis itu.
************************************************************************************************************

"Ini satu kesilapan!...Lepaskan patik" kata seorang lelaki yang dihalau kerana mengaku dia seorang pelukis diluar istana oleh pengawal-pengawal istana.


"Argghh!" jerit lelaki tersebut kerana ditolak oleh pengawal-pengawal istana.


"Keluar engkau!...pergi dari sini.... ada hati nak masuk" kata pengawal istana tersebut. Lelaki tersebut berdiri tegak sambil membetulkan kancing mantelnya lalu cuba untuk masuk  kedalam istana dengan merempuh pengawal-pengawal istana itu. Pengawal-pengawal istana itu terus menyekatnya dengan pantas untuk tidak membenarkan dia masuk.

*********************************************************************************

"Hahahaha.....Beta pun gembira dapat bertemu dengan tuan hamba..Siapa nama tuan hamba?" tanya Tuanku kepada pelukis itu.


"Erk!...Gembira ,tuanku!" jawab pelukis itu.


"Memang beta gembira, tapi siapa nama tuan hamba?" tanya tuanku lagi kerana keliru.

"Begini tuanku...."kata pelukis itu


"Ayahanda, namanya Gembira." bisik Manis pada Ayahandanya setelah mencuit Ayahandanya.


"Ooh! Nama tuan hamba Gembira?....hahaha..maafkan beta..beta..."belum sempat tuanku berkata.


"Tidak mengapa tuanku!" kata Gembira

"Hahahaha!" ketawa tuanku kerana kesilapannya tadi.


Gembira terus memandang puteri-puteri dihadapannya. Lalu dia tertarik pada Purut yang menyinar.


"Adakah ini puteri lima beradik Kerajaan Limau yang terkenal dengan kejelitaannya?" tanya Gembira pada tuanku.

"Ya...yang ini Puteri Manis!..Puteri Sulong."jawab tuanku lantas memperkenalkan Manis yang berada di sebelah kirinya. Lalu Manis terus tunduk hormat pada Gembira.



"Rambut mengurai ikal mayang,
Bibir munyir merah delima,
Sungguh cantik tidak terbayang,
...Puteri Manis...Oh! Inilah rupanya."   
                                                       pantun Gembira setelah melihat Manis sambil mengelilingi Manis. 


Gembira hampir meletakkan tangannya dipipi Manis sesudah berpantun..lalu dengan tiba-tiba jebat terus menggigit tangannya itu.


"Meoww!! " ngiau jebat lalu terus dilontarkan oleh Gembira kerana takut lalu jebat terus mengeram sambil memandang tajam kearah Gembira.


"Jebat!..jangan begitu!" kata Manis sambil mengusap jebat yang tengah marah.


"meow!" jebat jinak semula lalu terus beredar dari situ...Gembira terus memerhati jebat dengan waspada kerana ketakutan. " meow!" jebat mengusik Gembira yang ketakutan sewaktu berjalan dihadapannya.


"Arh!..ahahaha" seram Gembira kerana diusik oleh jebat.

"Nipis! jaga jebat tu!" arah Ayahandanya pada Nipis.


"Baik Ayahanda!" jawab Nipis....."Jebaat!!" tegur Nipis pada jebat yang sampai padanya sambil menyentuhnya.

"Ish jebat ni...nakalnya" kata Bali pada jebat.


"hehehe.." ketawa kecil Purut.


"Adindanya pula...."belum sempat Ayahandanya mengenalkan Kasturi pada Gembira.


"Kasturi!..Serinkandi Kerajaan Limau!" kata Kasturi dengan megahnya.


"Hah!...benar bagai dikata...Puteri yang gagah perkasa!" jawab Gembira dengan memuji Kasturi lalu dia memandang puteri lain. 


"Ah, ah..ehmm!"Bali terus mengelabah dan membetulkan posisinya.


"Ini mesti...." belum sempat Gembira meneka sambil memandang tepat pada Purut.


"Purut..." jawab Purut dengan tersipu malu.


"HAH!" tanya Gembira kerana tidak mendengar nama Purut.


"Purut!" jawab Bali yang tiba-tiba muncul dihadapan Gembira.


"HEER!" terkejut Gembira akibat kemunculan Bali dihadapannya.


"Hermm...Beta!" belum sempat Bali mengenalkan dirinya.


"hah Purut!...Puteri yang pandai mengubati segala penyakit..hahaha" kata Gembira sambil menunjukkan dirinya yang menawan.


"Erhem!..Beta..Puteri Bali..yang cantik, pandai masak" kata Bali yang muncul tiba-tiba sekali lagi dihadapan Gembira.

"Dan Geeeeeemmmmmmm!" jawab Gembira pula...

Manis dan Purut terus terkejut mengharapkan Gembira tidak menyebutnya. 


Manakala Kasturi pula tidak sabar-sabar mendengar.


Bali menajamkan pandangannya pada Gembira hingga menakutkan Gembira.


"GEMMM.....BU!..hehehehe...gebu,gebu!" jawab Gembira dengan gelabahnya.


"Terima Kasih...Beta bangga!" balas Bali dengan comel kembali.


"Hahahaha" Nipis menutup mulutnya sambil ketawa kecil.

"Dan ini..anakanda Beta, puteri yang bongsu...Puteri Nipis." kata Tuanku kepada Gembira sambil mendekati Nipis. 


Gembira segera menunduk hormat pada Nipis dengan sopan.


"Dan ini Jebat!" kata Nipis sambil menunjukkan jebat di hadapan Gembira.


"ARghhh..HAAAA!....ha~ha..huh semangat" jerit Gembira yang takut akan kucing lalu menengkang dirinya.


"Eh..hahahaha" ketawa Nipis sambil menutup mulut.


Sementara itu, Manis perasan ada sesuatu yang mencurigakan akan diri Gembira. Manis memandang teliti tingkah laku Gembira itu dengan pandangan yang tajam dan berfikir akan sesuatu.


"Eh, Ermmmm! em,em,em!.....Patik rasa sangat  bertuah dapat berjumpa dengan kelima-lima puteri yang sangat jelita...Saling tidak tumpah dengan bonda mereka"  puji Gembira dengan bangga.


"Bonda mereka?....Bagaimana tuan hamba tahu ..?" tanya Tuanku yang berasa keliru akan Gembira.


"Hah" Gembira menunjukkan gambar permaisuri yang tergantung di dinding.


"Oh!....haha..Gembira, Beta dengar tuan hamba menggunakan bahan ajaib untuk melukis. Tunjukkan pada beta." arah Tuanku pada Gembira.


"Bahan Ajaib?" tanya Gembira sendirian yang sedang cemas.
************************************************************************************************************
Di sini bersatu jiwa~
     Lima puteri agung dan mesraaa~                                       
         Seindah cahaya suria~

                                                                   Atas takhta bersemadinya~
                                            aHaaaaaaaaaaa~
                                                  Puteri,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan